JEMPUTAN KE PERJUMPAAN BERSAMA ROMBONGAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) KE BAHAGIAN PENTADBIRAN SYARIAH JHEAINS.

Tarikh: 2022-05-25

25/5/2022 JEMPUTAN KE PERJUMPAAN BERSAMA ROMBONGAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) KE BAHAGIAN PENTADBIRAN SYARIAH JHEAINS. Sukacita dimaklumkan rombongan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat lawatan kerja ke Bahagian Pentadbiran Syariah JHEAINS bagi tujuan mengambil pengalaman JHEAINS sebagai model dalam menjayakan sistem dan perkhidmatan secara dalam talian khusus dalam perkhidmatan nikah, cerai dan ruju. Selain itu juga dalam menjayakan hasrat perkhidmatan kerajaan digital (latihan intensif, kepakaran dan sebagainya). JPKN selaku pembangun dan pengendali sistem-sistem tersebut telah berkongsi ilmu dan pengalaman bersama pihak JAIS.